Skip to main content

Tukang Masak Ini Kongsi 17 Tips Makanan Jadi Sedap & Tahan Lama.. Boleh Cuba!




Mendapat lebih 16k perkongsian di Facebook, tips memasak dan makanan tahan lebih lama daripada tukang masak ini berjaya menarik perhatian ramai. Iyalah sebagai seorang yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang masakan, tips yang dikongsikan ini benar-benar membantu golongan ibu-ibu yang kekurangan ilmu. Boleh cuba!

Tips elak pedih mata ketika kupas bawang


Tips mykitchen;
Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: Rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; Panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
Nak sambal merah sedap cantik; Masak lada lama + gunakan gula merah
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat 

Cara nak elak nasi cepat basi


Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau… Nak masak baru basuh
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. Gila kau
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas… Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2, 3 cubit garam… Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampai berwap


Nak dapatkan ayam goreng yang sedap


Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais
Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing
Nak merangupkan ayam goreng hendaklah menggoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.

Tips tauhu tahan lama


Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu… So anda pun baru tahu hari ini
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Kureng lah.. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… Sup lebih sedap/pekat tau
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
**Gambar selfie sendiri, kat atas motor nampak ganas tapi kat dapur rupa haii macam makcik senah lah sikit… Rajin betul menaip hari ini, kongsi pengalaman sebab dah masuk 4 tahun kehidupan sebagai tukang masak didapur… Sekian
Sumber : Ayue Jalal

Comments

  1. Harrah's Atlantic City - MapYRO
    Harrah's Resort Atlantic City offers more 경주 출장안마 than 175000 대전광역 출장마사지 square 영천 출장안마 feet of casino space with more than 175000 square feet of gaming floor 오산 출장샵 space. With 전주 출장안마 more than

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami ma...

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ring...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...