Skip to main content

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering.

Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam.



Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam tau. Dan yang penting bibir tak kering.


Biasalah, wanita dengan lipstick memang takkan dapat berpisah. Ada yang suka glossy, satin dan matte finish sebab setiap lipstick ada kelebihannya yang tersendiri. Rupa paras seseorang tu boleh berupa secara keseluruhan dari kusam kepada cantik dengan hanya mewarnakan bibir. Walau seseorang tu claim yang dia bukan kaki makeup, sekurang-kurangnya mesti ada sebatang lipstick dalam simpanan dia. Betul kan? Ayue pernah jadi wanita macam tu, tapi sekarang dalam beg ada lebih dari 5 batang lipstick! Haha.

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ni sebenarnya menggunakan 'Cushion Matrix Technology' yang menggunakan mikrosfera silika yang halus untuk membenamkan dan mengekalkan warna pada permukaan bibir sepanjang hari. 

Koleksi lipstick terbaru dari Mary Kay ni juga mengandungi bahan-bahan seperti ester minyak bunga matahari dan jojoba, untuk membantu permukaan bibir dan lipstick kekal sehingga 24 jam! Haa, bahan-bahan terbaik ni lah yang buat bibir Ayue tak lagi kering macam selalu. 

Formula gel yang ringan dalam lipstick membuatkan ia senang digunakan dan meninggalkan kesan rasa yang sangat lembut. Bukan itu saja, lipstick ni juga memberikan soft-focus effect dengan optical diffusers dimasukkan untuk memberi kesan yang sangat cantik dan mengkaburkan ketidaksempurnaan kecil pada perrmukaan bibir. Malah, untuk anda yang mempunyai bibir yang banyak garisan macam Ayue pun, lipstick ni boleh kurangkan garisan pada bibir tu tau. Jadi dari jauh dah boleh nampak dah betapa cantiknya bibir kita. Cewah. 

Untuk koleksi Gel Semi-Matte Lipstick ni, Mary Kay mengeluarkan 8 warna yang sangat cantik. Ayue ada 4 daripada 8 tu! Meriah kan. Hehe. 

Antara warna Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick :
  • Bashful Yo
  • Rich Truffle 
  • Mauve Moment 
  • Powerful Pink 
  • Always Apricot
  • Poppy Please
  • Crushed Berry
  • Midnight Red

Yang ada pada Ayue adalah Bashful You, Mauve Moment, Powerful Pink dan Poppy Please. Percayalah, kesemua warna-warna ni sangat cantik sampai Ayue tak tau nak pakai yang mana satu. Mudah nak apply dengan lancar menggunakan gel stick. Warnakan pula terang, pigmented. Sekali apply je dah nampak warnanya. Bibir pula kelihatan semi-matte finish dan sedikit glossy. Ayue dah jatuh cinta dengan lipstick ni!


Bashful You - Warna Nude, sesuai untuk anda yang sukakan makeup secara natural
Mauve Moment - Sedikit pink, warna favorite Ayue setiap hari
Powerful Pink - Warna fresh dan terang! Nampak seakan-akan campuran pink dan ungu
Poppy Please - Merah menyala. Warna pilihan untuk makan malam


Selepas apply Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick
Tips untuk anda yang berbibir kering macam Ayue, sebelum apply matte lipstick, pastikan anda apply lipbalm dulu untuk pastikan bibir anda kekal lembut dan tidak kering. Warna lipstick ni mampu bertahan sampai berjam-jam walaupun selepas makan. Warnanya masih terang tau! Cuma kalau anda mahukan coverage yang lebih dan nampak lebih cantik, boleh apply lagi selepas makan okey? Takda masalah.
Selepas 5 jam menggunakan Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Packaging dia pun smart dan elegan. Siap ada kawasan transparent di bahagian atas lipstick untuk memudahkan kita tengok warna apa didalamnya. Tak payah susah-susah nak buka tutup dah.

Smart dan elegan packaging


Sejujurnya, Ayue lebihkan lipstick yang jenis old school macam ni berbanding liquid lipstick sebab kita sebenarnya cenderung untuk menggunakan liquid lipstick dengan kuantiti yang banyak. Sudahnya lipstick cepat habis. Bila guna gel lipstick macam ni, tahan lama sikit ye tak? Lagi pun mudah nak apply dan dibawa kemana-mana tanpa risau ia akan tumpah.

Cuba tengok video Ayue di bawah ni. Mudah senang dan sangat praktikal untuk digunakan di mana-mana. Warna pula sesuai untuk digunakan dari pagi sampai lah ke malam.



Untuk dapatkannya boleh hubungi  Mary Kay Independent Beauty Consultant di talian  http://nak.la/2DRy website Mary Kay di http://nak.la/8xp6D


Sumber : Ayue Idris

* Kerdit-https://www.ayueidris.com/

Comments

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami masalah kek

Kreatif & Mudah, Ini Cara DIY Kolam Mini Untuk Anak Tersayang Di Rumah

Rata-rata antara kita tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan keluasan tanah dibelakang rumah. Tahukah anda, selain dari tanam pokok bunga dan dijadikan ruang rehat, anda juga boleh bikin kolam renang buat anak-anak tersayang. Apa kata buat kolam renang mini yang kreatif buat anak anda. Lepas ini dah tak perlu bawa anak-anak keluar ke pusat akuatik setiap hujung minggu. Selamat mencuba! 1. Proses mengorek tanah Menurut perkongsian dari  Facebook Idea Deco Deko , dengan keluasan tanah yang kecil di belakang rumah anda itu perlulah ditanda terlebih dahulu dengan keluasan yang anda mahukan. Kemudian mengorek tanah sedalam yang kita mahu dengan menggunakan cangkul. Reka bentuk kolam renang ini bergantung kepada keativiti anda sendiri ye. Bentuk segi empat adalah reka bentuk yang menjadi kebiasaan kerana mudah untuk menghasilkan kolam renang. 2. Proses meletakkan batu kerikil Ini pula merupakan proses meletakkan batu kerikil pada kawasan lantai kolam re

[VIDEO] Cara Tepat Penyelamat Bawa Keluar Mangsa Gua Tham Luang

Beberapa hari lepas, 12 orang pasukan bola sepak remaja Thailand termasuk seorang jurulatih telah berjaya dikeluarkan dari gua Tham Luang dengan selamat. Di dalam operasi ini, difahamkan seramai 100 orang terlibat termasuklah penyelam dan pakar gua dari seluruh dunia. Di Facebook, individu ini berkongsi keadaan semasa mangsa dan cara bagaimana anggota penyelam menyelamatkan mereka Suasana semasa operasi dijalankan UPDATE FINALE – Hello geng.. okay ini maybe last update aku share pasal operasi SAR bebudak dgn coach dorang yg terperangkap dalam Gua Luang Thailand almost 2 weeks.. fuhh.. cuti semester 2 weeks pun kita boleh tambah berat badan makan tidur kat rumah atau g travel.. dorang ni hmm.. kesian.. semua makin susut. *So far, ini adalah video yg bagi aku paling ringkas paling pendek..bawah 3 minit.. korang boleh usha ada banyak lagi video2 lain siap full coverage story 30-45 minit video.. tapi aku ni jenis kedekut data hahaa..lg pun aku cuma nak tahu apa yg aku na