Skip to main content

MOONCAKE DARI AIR TANGAN GADIS OKU YANG LUAR BIASA!


Cik Haziqah Nurulhuda, atau nama manjanya, Yaya.. gadis manis dari Kelantan, menetap di Terengganu… pemilik VictoryYaya Mooncake & Kuih Bakul… baru 22 tahun, tapi dah jadi usahawan yg sangat berjaya!
Dari bisnes mooncake handmade dari rumah jer, kini lebih commercial! Dari bisnes yg saja2 jer, menjadi bisnes revenue jutaan RM per year.. Bagaimana dia buat?
Scroll sampai habis!

Dulu zaman2 viral memang banyak la kata2 keji persatuan bawang.  Orang cakap2….
“alahhh… gila glamour” bila media datang temui Yaya.
“Sales setakat dari viral jer.. jual nama, tah2 tak sedap pun…nanti sendu la tu”.
Tak cukup juga dgn kata2 yg merendah2kan “sedap ke? Tekak Melayu boleh terima ke.. takde orang nak makan mooncake la..”
Fuhh panas telinga… tapi Yaya ni memang kuat semangat orgnya. Tak kisah langsung dengan ‘cakap2’ org. Dia tepis jer..

ALKISAH BERMULA…
“Pada tahun 2011, selepas PMR time tu musim panas sesangat.. saya ni kuat bersukan, tetiba demam, mata dah tak nampak. Pastu warded. Buka mata esoknya, saya dah lumpuh 1 badan…hanya boleh gerakkan kepala je…”
Setahun juga la Yaya meratapi nasib. Tak keluar rumah, tak bercakap dengan sesiapa.. nangis jer..
Saya cuba bayangkan… hidup saya yg normal ni tetiba ditarik, tak mampu nak buat apa2.
Lepas setahun, Yaya sedar.. “sampai bila aku nak macam ni?”
 “Awak nak pergi mana2 boleh.. tak boleh pun kita akan bolehkan..” ni la kata2 pembakar semangat mama dan abahnya yg buatkan Yaya ‘bangun’.
Sayunya hati waktu tu…. “Pergi mall, pergi pantai semua abah dukung.. orang pandang je..”

MACAM MANA VICTORY YAYA BERMULA?
Yaya ni memang sejak azali suka masak2.. bila masak apa2, baking ke, selalu post kat fb group.
Ada la dapat 1000 ke 2000 likes time tu.
Si Yaya ni suka sangat main game online. Dan ada 1 group online game semunya ahlinya dari luar negara.
Duk share la hobi msing2.. Yaya kata hobi dia memasak. Dipendekkan cerita, ada sorang insan ni dari Beijing, dia kasi Yaya resepi turun temurun mooncake ni.
Dia try la buat. Memang susah. Buat2 lepas tu share kat fb group tu.. berbelas ribu likes la dapat.. berdesup PM masuk tanya2, siap nak order lagi.
Ada pula sorang mak buyung ni call Yaya, nangis2 nak rasa mooncake tu.. mula2 tak nak buat, ibunya  tak kasi sebab keadaan Yaya macam tu. Tapi sebab kesian… dia buatkan.

Bila dah dapat tu, mak buyung tadi siap selpie lagi sambil makan mooncake Yaya dan post plak kat dalam group tu… fuhh.. makin ramai la yg duk DM Yaya nak jugakk..
Bermula dengan saja2 buat lama kelamaan… makin ramai yg order.
Tambahan pula, memang takde lagi mooncake dan kuih bakul dari air tangan muslim.. jadi Yaya rasakan inilah peluang untuknya upkan lagi bisnes ni..
Start buat dari rumah jer.. dari 10,000 unit sebulan jugak la terjual awal2 start tu.
Pada Februari 2017, Yaya berbisnes dengan lebih serius dengan nama brand “VICTORY YAYA”.

GIGIH MENCARI ILMU
Bila teringat balik ada yg kata bisnes mooncake Yaya ni hangat2  tahi ayam jer, lama2 nanti kelam la tu.. dia rasa… dah kena buat sesuatu. Kena belajar tentang bisnes ni betul2.
Start berguru dengan SifufBads, Yaya join seminar dan kelas coaching. Sanggup turun KL, setiap bulan datang kelas. Bapaknya peneman setia kehulu kehilir.
Lama kelamaan.. bisnes makin grow. Dah beli mesin2 untuk production, dulu kuli sekarang dah ramai staff, buka kilang sendiri dan ofis.. tanpa loan, tanpa bantuan dari mana2.. sekarang dah lebih 90 000 unit terjual setiap bulan.

Dan, terbaru…

Bakal ada Wisma sendiri? Wisma VictoryYaya…Soon.. (SifufBads pun tengah review & guide dia pasal ni)

So inspired.. Lain dari lain!! Malahan, energynya, semangatnya, kegigihannya paling menonjol sepanjang bersama SifufBads ni..




STRATEGI SI GADIS MOONCAKE

  • BUAT PAKEJ – buat beberapa pilihan pakej. Contohnya Pakej Bulan, ada 1 set (9 perisa), Pakej Marikh ada 3 set, Pakej Pluto ada 5 set.. beli banyak lagi murah, lagi banyak perisa. Customer senang nak membeli bila ada pakej2 ni… sekaligus boleh tingkatkan sales dan ROI bisnes. Takkan nak jual sekotak2 je kan..
  • BUAT CONTEST – beli mooncake dan menang hadiah ekslusif / rare yang takde jual kat mana2.
  • PERMISSION MARKETING – berikan free sample kepada bakal customer, lepas tu capture database diorang. Yela moonacke ni ada jer yg skeptikal nak makan.. so Yaya bagi free sample supaya diorang boleh rasa sendiri sebelum membeli.
  • REKRUIT AGEN – recruit agen dan sediakan support group. Bukan setakat support jer, tapi ajar diorang tentang selok belok marketing, sales. Dengan agenlah anda dapat grow bisnes dengan lebih cepat.

APA SEBENARNYA, YANG MENJADIKAN YAYA JADI LUAR BIASA?

Anda mesti tertanya2 kan.. Di sini, didedahkan.. Dia ni, adalah manusia yg sentiasa lihat ke depan! Visionary person! Dia lihat, target apa yg dia nak capai dulu..

Bila dah ada vision, dia akan cari jalan utk capainya!!! Ofkos, dia dapatkan ilmu dahulu.. Dah taktau, belajar la dulu kan.. Dan dari situ, dia susun strategy!!! Dan “keep positive”.. Buat sampai jadi! Buat lagi, buat lagi.. Sentiasa jer positif! .

Ditambah pula, dengan support dari family!! Sentiasa sokong apa yg dia nak buat, walaupun asalnya pikir tak logik! Tak sepadan dgn keadaan lumpuh separuh badannya tu.. X padan umurnya baru 22 tahun..
Tapi..
Dia tetap buat yg terbaik! Inilah founder role model, CEO role model yg patut ramai founder muda contohi..
Baru2 ni dia dianugerahkan award Tokoh Usahawan OKU Kebangsaan yg diberikan oleh TPM.. Kejayaan demi kejayaan dicapai!
Siapa kata org kelainan upaya (OKU), tak bleh capai kejayaan luarbiasa.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan..Kan?

Comments

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami ma...

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ring...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...