Skip to main content

Tukang Masak Ini Kongsi 17 Tips Makanan Jadi Sedap & Tahan Lama.. Boleh Cuba!




Mendapat lebih 16k perkongsian di Facebook, tips memasak dan makanan tahan lebih lama daripada tukang masak ini berjaya menarik perhatian ramai. Iyalah sebagai seorang yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang masakan, tips yang dikongsikan ini benar-benar membantu golongan ibu-ibu yang kekurangan ilmu. Boleh cuba!

Tips elak pedih mata ketika kupas bawang


Tips mykitchen;
Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: Rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; Panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
Nak sambal merah sedap cantik; Masak lada lama + gunakan gula merah
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat 

Cara nak elak nasi cepat basi


Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau… Nak masak baru basuh
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. Gila kau
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas… Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2, 3 cubit garam… Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampai berwap


Nak dapatkan ayam goreng yang sedap


Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais
Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing
Nak merangupkan ayam goreng hendaklah menggoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.

Tips tauhu tahan lama


Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu… So anda pun baru tahu hari ini
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Kureng lah.. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… Sup lebih sedap/pekat tau
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
**Gambar selfie sendiri, kat atas motor nampak ganas tapi kat dapur rupa haii macam makcik senah lah sikit… Rajin betul menaip hari ini, kongsi pengalaman sebab dah masuk 4 tahun kehidupan sebagai tukang masak didapur… Sekian
Sumber : Ayue Jalal

Comments

  1. Harrah's Atlantic City - MapYRO
    Harrah's Resort Atlantic City offers more 경주 출장안마 than 175000 대전광역 출장마사지 square 영천 출장안마 feet of casino space with more than 175000 square feet of gaming floor 오산 출장샵 space. With 전주 출장안마 more than

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami masalah kek

Kreatif & Mudah, Ini Cara DIY Kolam Mini Untuk Anak Tersayang Di Rumah

Rata-rata antara kita tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan keluasan tanah dibelakang rumah. Tahukah anda, selain dari tanam pokok bunga dan dijadikan ruang rehat, anda juga boleh bikin kolam renang buat anak-anak tersayang. Apa kata buat kolam renang mini yang kreatif buat anak anda. Lepas ini dah tak perlu bawa anak-anak keluar ke pusat akuatik setiap hujung minggu. Selamat mencuba! 1. Proses mengorek tanah Menurut perkongsian dari  Facebook Idea Deco Deko , dengan keluasan tanah yang kecil di belakang rumah anda itu perlulah ditanda terlebih dahulu dengan keluasan yang anda mahukan. Kemudian mengorek tanah sedalam yang kita mahu dengan menggunakan cangkul. Reka bentuk kolam renang ini bergantung kepada keativiti anda sendiri ye. Bentuk segi empat adalah reka bentuk yang menjadi kebiasaan kerana mudah untuk menghasilkan kolam renang. 2. Proses meletakkan batu kerikil Ini pula merupakan proses meletakkan batu kerikil pada kawasan lantai kolam re

[VIDEO] Cara Tepat Penyelamat Bawa Keluar Mangsa Gua Tham Luang

Beberapa hari lepas, 12 orang pasukan bola sepak remaja Thailand termasuk seorang jurulatih telah berjaya dikeluarkan dari gua Tham Luang dengan selamat. Di dalam operasi ini, difahamkan seramai 100 orang terlibat termasuklah penyelam dan pakar gua dari seluruh dunia. Di Facebook, individu ini berkongsi keadaan semasa mangsa dan cara bagaimana anggota penyelam menyelamatkan mereka Suasana semasa operasi dijalankan UPDATE FINALE – Hello geng.. okay ini maybe last update aku share pasal operasi SAR bebudak dgn coach dorang yg terperangkap dalam Gua Luang Thailand almost 2 weeks.. fuhh.. cuti semester 2 weeks pun kita boleh tambah berat badan makan tidur kat rumah atau g travel.. dorang ni hmm.. kesian.. semua makin susut. *So far, ini adalah video yg bagi aku paling ringkas paling pendek..bawah 3 minit.. korang boleh usha ada banyak lagi video2 lain siap full coverage story 30-45 minit video.. tapi aku ni jenis kedekut data hahaa..lg pun aku cuma nak tahu apa yg aku na