Skip to main content

Kreatif & Mudah, Ini Cara DIY Kolam Mini Untuk Anak Tersayang Di Rumah


Rata-rata antara kita tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan keluasan tanah dibelakang rumah. Tahukah anda, selain dari tanam pokok bunga dan dijadikan ruang rehat, anda juga boleh bikin kolam renang buat anak-anak tersayang.
Apa kata buat kolam renang mini yang kreatif buat anak anda. Lepas ini dah tak perlu bawa anak-anak keluar ke pusat akuatik setiap hujung minggu. Selamat mencuba!

1. Proses mengorek tanah


Menurut perkongsian dari Facebook Idea Deco Deko, dengan keluasan tanah yang kecil di belakang rumah anda itu perlulah ditanda terlebih dahulu dengan keluasan yang anda mahukan. Kemudian mengorek tanah sedalam yang kita mahu dengan menggunakan cangkul.


Reka bentuk kolam renang ini bergantung kepada keativiti anda sendiri ye. Bentuk segi empat adalah reka bentuk yang menjadi kebiasaan kerana mudah untuk menghasilkan kolam renang.

2. Proses meletakkan batu kerikil


Ini pula merupakan proses meletakkan batu kerikil pada kawasan lantai kolam renang. Segi empat yang terbuka itu bukan lubang tangki kumbahan tau. Itu adalah saluran keluar air dari sinki dan perlu ditebuk untuk dijadikan saluran air keluar dari kolam nanti. 



3. Letak besi rangka


Langkah seterusnya, anda perlu meletakkan pula rangka besi berukuran 3×2 pada permukaan batu kerikil tadi. Kemudian, dan perlu membuat kontrik daripada batu-bata sebagai dinding kolam renang. 


4. Proses paip saluran


Jangan lupa pula pasang paip untuk saluran air keluar masuk kolam tau. Buat sistem piping flow in dan flow out dan pump air untuk air terjun (waterfall) dan air pancut. Admin yakin anak anda pasti akan menyukainya dan tak perlu lagi nak bawa mereka ke pusat akuatik setiap hujung minggu.

5. Proses plaster dinding


Proses plastik dinding ini bergantung juga kepada daya kreativiti anda sendiri. Masa inilah peluang untuk anda menjadi anak seni dengan mengabadikan kreativiti anda pada dinding kolam renang.


6. Proses pemasangan mozek


Langkah seterusnya, anda perlu meletakkan mozek (tile) pada keseluruhan permukaan lantai kolam renang dan sekelilingnya. Jangan lupa untuk letakkan Sika Top Seal pada permukaan konkrit yang berfungsi sebagai kalis air. Akhir sekali, jangan lupa untuk membasuh dan cuci keseluruhan permukaan kolam renang ye. Ini adalah bertujuan untuk membuang sisa kotoran tanah dan simen semasa proses pembikinan kolam renang.


7. Mengecat pula


Apabila dah siap segala proses di atas, anda perlu mengecat kolam renang ini dengan warna pilihan sendiri. Jika mahu lebih jimat, anda disarankan untuk menggunakan hanya satu warna sahaja. Simple is nice, bukan?

8. Siap!


Akhirnya siap pun! Sebelum membebaskan anak anda masuk ke dalam kolam renang itu, pastikan permukaan kolam dibersihkan terlebih dahulu dan cuba berulang kali saluran paip air keluar dan masuk. Jika anda mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk menghias kawasan ini dengan tanaman pokok dan bunga. Mungkin boleh letak bumbung bagi mengelak dari panas mentari.
Selamat mencuba!
Sumber: Hafizh Ateh AR
The following two tabs change content below.

Comments

Popular posts from this blog

Zarini Jaafar , seorang surirumah menanggung hutang setengah juta ringgit akibat membuat pinjaman ketika zaman kerja makan gaji.

Suri Rumah Bangkit,  Hutang Setengah Juta Selesai Korang pernah tau tak ada kisah seorang suri rumah ni dia berhutang sebanyak setengah juta? Dan dalam tempoh 7 tahun dia berjaya selesaikan semua hutang dia tu. Kalau tengok dia dengan suami dia ni macam tak ada masalah rupanya sebelum dia sampai tahap ni, dugaan dia lalui memang gila.Kisah dia memang sedih. Sembunyi dalam rumah. Duit cukup untuk beli telur rebus berkongsi dengan suami. Jual produk berbulan-bulan tak ada yang beli dan macam-macam lah. Hidup stress sampai keguguran.Tapi beliau bangkit dan selesaikan semua hutang yang ada dan hidup bebas dan semakin hidup selesa. Semua ni dia kongsikan dalam Ebook Suri Rumah Bangkit, Hutang Setengah Juta Selesai. Bukan hanya kongsikan pengalaman perjalanan hidup tanggung hutang malah dia juga ajar apa teknik yang dibuat untuk selesaikan hutang. Semua kisah tu boleh baca disini: http://nak.la/EbookSuriRumahBangkitDariHutang Muga bermanfaat dan menjadi sumber inspirasi untuk anda ya.. ...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami ma...