Skip to main content

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air






Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air.Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu.

Panik boleh jadi lebih dahsyat lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir. Pernah ke korang alami situasi macam tu? 

Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita.

Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain.



Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami masalah kekejangan otot ketika berenang, terkena sengatan haiwan di dalam air , sesak nafas ,serangan jantung, stroke , pengsan dan banyak lagi sebab la.

Orang yang lemas ni biasa dalam masa 20 saat yang pertama mempunyai tenaga berlipat kali ganda beb memang power!.Mereka ni akan capai apa saja yang ada depan mereka termasuklah kita ni yang konon-konon cuba nak selamatkannya.Bukan apa, mereka jadi macam nie akibat ketakutan dan panik. Hahaha saya pun dulu macam tu gak.


Jadi jika tak ada pengalaman dan ilmu menyelamat janganlah nak acah-acah nak jadi hero malaya! Nanti dengan kau-kau arwah.
Serahkan pada yang pakar
Korang nak tahu penyelamat tu ada ilmu menyelamat ke tidak , tengok cara dia orang menyelamatkan mangsa lemas.Penyelamat yang pakar dan yang ada ilmu-ilmu menyelamat akan pastikan dia orang ni tak bersentuhan dengan mangsa ketika kerja menyelamat.

Situasi air


Saya ni yang selalu berenang di kolam renang bila sekali-sekala pergi berenang di laut atau tasik rasa cuak beb! Sebab apa , kat kolam air jernih nampak semuanya tapi kat laut, tasik dan sungai tak nampak apa-apa.Ini dipanggil dalam bahasa inggeris "UNKNOWN CONDITION". Bukan itu saja, arus dan tekanan pun berbeza-beza.

Menyelamat di daratan
Benda nak jadi tak boleh nak dielakkan , Sekiranya terjadi orang lemas depan mata korang sedangkan orang lain hanya yang mampu tengok , jika ada niat di hati mahu menyelamatkan mangsa yang sedang terkapai-kapai di air, tidak kira di tasik, sungai, lautan atau ketika dibawa arus banjir sekalipun, buat cara ini:

1 - Tengok keadaan mangsa

Jangan tergesa-gesa terus terjun nak selamatkan mangsa sedangkan mangsa hanya tergelincir kat tepi saja..buat habis tenaga saja.Jadi , buat cara bijak tengok situasai mangsa lemas kat macam mana dulu ya dan baru mula aktiviti menyelamat.

2 - Kaedah Mencapai (REACHING RESCUE)

Jika mangsa hanya lemas akibat terjatuh di tepian sungai,tasik & laut dan berada dekat dengan tepian , gunkan kaedah  mencapai"reaching rescue".
Fikir dengan pantas  dan tenang barangan yang ada di sekitar kita atau mudah dicapai. Jika tiada kayu, gunakan pakaian untuk menarik mangsa. Pakaian ini boleh dipintal terlebih dulu, kemudian gunakannya untuk menarik mangsa.apa saja asalkan mangsa selamat.
Rantaian
-Sekiranya tiada barangan yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa, kita juga boleh meminta orang lain yang berada di kawasan berhampiran untuk membuat rantaian manusia sehingga mencapai jarak si mangsa.

3 - Kaedah Mencampak (THROWING RESCUE)

Kaedah ini biasanya digunakan bila mangsa lemas berada agak jauh di tepian.
Mencampak tali
-Tali memang sangat berguna. Jadi jika hendak berkelah di tepi pantai atau mandi sungai misalnya, usah lupa membawa tali. Kita hanya perlu mencampakkan tali kepada mangsa dan kemudian menariknya ke daratan.
Menggunakan alat bantuan lain
-Alat bantuan keselamatan atau juga dikenali sebagai PFD (personal floating devices) ini membantu mangsa untuk terapung misalnya barangan asas seperti botol atau bekas plastik.

4 - Kaedah Mendayung (ROWING RESCUE)

Kaedah ini menyelamat agak advanve dan bijak kerana penyelamat menggunakan kannu,perahu bot dan sebagainya untuk menyelamat.Kebiasaanya mangsa berada agak jauh dari daratan dan untuk menjimatkan masa dan tenaga kaedah ini digunakan.

5 - Kaedah Menunda (TOWING RESCUE) 

Kaedah menunda ini adalah kaedah yang terakhir sekali digunakan untuk menyelamat mangsa.Kaedah ini memerlukan penyelamat berada di dalam air untuk menyelamat mangsa dan memerlukan kepakaran untuk melakukannya. 
Ada beberapa teknik menyelamat cara menunda ni, seperti tunda dagu (chin tow),tunda memanjang (extented tow),tunda silang dada (Cross chest tow) .tunda kepala (head tow) , tunda rambut (hair tow) dan ada bermacam-macam lagi teknik menyelamat.

5 - Bantuan orang lain
Yang ni nak kasi tau betul-betul biar jelas.Sekiranya kita sendiri tidak tahu hendak melakukan sebarang tindakan, minta bantuan orang lain.

muga bermanfaat untuk semua Jumpa lagi ya :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ring...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...