Skip to main content

Perangai Hodoh Orang Kita Di Kolam Renang



“Ayah, bilas dan keringkan sikit dulu baju tu” tegur seorang anak kepada ayahnya. Lalu si ayah pun membuka baju lalu mencelupkannya ke dalam kolam mandi, membilasnya dan memerah airnya kembali ke dalam kolam.
Diulang-ulang perbuatan tadi beberapa kali dan memakai kembali baju tersebut dan terus beredar meninggalkan kolam renang dengan selambanya.
Tuala yang telah digunakan pula dibiarkan berselerakan di atas kerusi begitu sahaja.
Aduh, orang macam ni pun masih wujud kah?
Kenapalah dibilas dan diperah pakaian mandi awak tadi di kolam renang? Itu bukan kolah bilik air di rumah awak. Itu juga bukan besen untuk mencuci pakaian. Itu adalah kolam renang yang mana ketika itu ramai orang sedang mandi manda bersama keluarga.
Salahkah atau berat sangatkah tuala yang telah digunakan tadi untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan? Waktu ambil tadi pandai pula ambil ditempat yang disediakan. Lepas tu tak reti nak pulangkan.
Mentang-mentang awak bayar RM250 semalam maka semua staff hotel tu kuli awak?
Nak kata kolot sangat pun, nampak gaya bukannya jenis pertama kali tidur hotel dan mandi kolam renang. Tetapi, sikap dan perbuatan tersebut sungguhlah tidak beradab. Memanglah tadi awak dah mandi dengan pakaian yang sama, dah memang terendam dah di dalam kolam tu.

Tetapi bila awak bukak baju, celup, bilas dan perah semula air tadi ke dalam kolam renang maka ianya sangatlah menjolok mata dan menganggu ketenteraman awam.
Ibaratnya macam awak kencing dalam kolam tetapi kali ini semua orang tengok. Geli oiii. Hilang selera saya nak terus berenang. Mujurlah memang dah keluar kolam dan nak balik ke bilik dah.
Tidak dinafikan yang air kolam renang awam di mana-mana pun tercemar dengan pelbagai sisa seperti ludah, kencing dan sebagainya. Tapi benda tak nampak, boleh tahan lah. Pejam mata jer. Tapi bila nampak orang buang kahak siap bunyi dan ludah balik dalam kolam dan juga aksi membilas dan memerah air baju kembali ke dalam kolam adalah sangat-sangat menjijikkan.
Tolonglah jangan buat macam tu.
Kita hidup ni kalau tak boleh nak membantu memudahkan dan memberi keselesaan kepada orang lain maka janganlah menyusahkan dan menganggu ketenteraman orang lain.
Ingat, hidup ini bukan sekadar “hablumminallah” yakni menjaga hubungan dengan Allah sahaja dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat dan sebagainya. “Hablumminnas” yakni hubungan kita sesama manusia juga perlu dijaga.
Adab yang baik dengan tidak menganggu ketenteraman awam seperti cerita di atas adalah contoh anda menjaga hubungan sesama manusia.
Renung-renungkanlah.
© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara



SIAPA KATA BELAJAR BERENANG ITU SUSAH? TAKLAH SUSAH!DENGAN FAST SWIM ACADEMY SEMUANYA AKAN JADI LEBIH MUDAH DAN SERONOK!

TAK CUBA TAK TAHUKAN?
HUBUNGI KAMI SEGERA SEKARANG UNTUK MERASAI PENGALAMNYA! ANDA TAK AKAN MENYESAL..

CUMA KLIK GAMBAR DI BAWAH!


Comments

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami ma...

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ring...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...