Skip to main content

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil


Ada seorang wanita yang bertanya saya ...

“Saya sekarang hamil 6 minggu. Saya sangat suka berenang tapi saya bimbang air klorin akan memudaratkan janin. Adakah ini benar?"

Secara am, berenang adalah senaman yang sangat bagus untuk semua orang terutamanya buat wanita yang sedang mengandung.
Walaupun ramai wanita berharap dapat melakukan senaman sepanjang kehamilan mereka, kadang kala senaman tidak dapat dilakukan akibat berat dan perut yang bertambah besar.
Tapi apabila berada di dalam air, semua ini akan berubah! Ibu-ibu mengandung senang terapung dalam air dan pergerakkan ibu itu tidak disekat oleh berat badannya.
Berikut antara 5 sebab mengapa anda perlu berenang ketika mengandung:

1 - Ia menguatkan hati

Melakukan senaman aerobik seperti berenang semasa mengandung sangat bagus untuk ibu dan janin.
Ini kerana berenang semasa mengandung boleh menguatkan hati ibu, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan tahap oksiden dalam darah ibu hamil.

2 - Ia adalah senaman yang berimpak rendah

Keapungan air boleh menampung berat badan ibu mengandung dan membantu menyokong sendi-sendinya semasa  berenang.
Selain itu, berenang tidak sama seperti senaman aerobik lain seperti berjalan atau berjoging. Berenang tidak akan memberi kesan yang berkekalan kepada sendi ibu mengandung.

3 - Melegakan sakit belakang

Salah satu kesan sampingan kehamilan adalah otot-otot yang lebih kendur serta tulang belakang dan bahu yang mungkin menyandar ke hadapan akibat perut yang semakin besar.
Apabila ibu berenang semasa mengandung, keapungan air dalam kolam renang boleh melegakan rasa tegang di bahagian belakang badan.
Apabila janin dalam perut ibu terapung juga, dia tidak akan menekan pada saraf sciatic ibu mengandung.

4 - Mengurangkan kaki bengkak/edema

Tahukah anda berenang semasa mengandung boleh mengurangkan masalah vena varikos?
Selain itu, apabila ibu mengandung berada di dalam air, ketegangan badannya akan reda dan ini boleh mengurangkan masalah kaki bengkak.
Air akan menolak cecair dari tisu kaki, kembali ke urat, dan kemudian ke buah pinggang dan keluar melalui air kencing.

5 - Menyejukkan badan

Ibu mengandung selalu rasa panas, apatah lagi di negara Malaysia yang panas sepanjang tahun dan kelenjar peluh yang bekerja dua kali ganda ketika hamil.
Apabila berendam di dalam kolam renang atau berenang semasa mengandung, ini boleh mengawal suhu badan ibu yang panas dan membantunya untuk berasa lebih selesa.
Ibu, jangan risau jika anda tidak boleh berenang! Beberapa senaman asas di dalam air kolam yang cetek sudah cukup memanfaatkan.

Mitos berenang semasa mengandung

Benar atau tidak: Air klorin boleh memudaratkan janin.
Tidak benar!
Badan ibu bertindak sebagai penghalang termasuk serviks ibu dan kantung amnion. Selain itu, kantung amnion dilengkap dengan penyumbat mukus untuk menghalang  barang asing dari masuk.


Berenang semasa mengandung: petua keselamatan

Kekal terhidrat - Terutamanya dalam iklim di negara kami yang sentiasa panas kami.
Ingat untuk minum segelas air sebelum anda masuk ke kolam renang, satu lagi untuk setiap 20 minit semasa anda berenang dan satu lagi selepas  berhenti berenang.
Pernafasan -  Apabila berenang semasa mengandung, jangan terlampau bersenam sehingga meletihkan diri sendiri.
Corak pernafasan anda tidak sepatutnya terjejas dan berada pada tahap yang normal, di mana anda masih boleh berbual dengan mudah bersama rakan.
JANGAN GUNA tab mandi panas - terutamanya semasa empat hingga enam minggu pertama kehamilan.
Suhu yang melebihi 40 darjah celsius boleh menimbulkan komplikasi untuk janin termasuk keguguran atau kerosakan otak dan tulang belakang.
Jumpa lagi, muga bermanfaat untuk semua :)

Comments

Popular posts from this blog

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami ma...

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ring...

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review by Ayue Idris

Assalamualaikum. Sekarang ni memang trend pakai lipstick matte. Jarang dah nampak yang pakai lipstick glossy-glossy ni. Cantik je Ayue tengok bila kawan-kawan Ayue dah mula pakai lipstick matte ke office. Ayue ada juga beberapa lipstick yang matte finish, tapi semuanya tak sesuai sebab bibir Ayue terlalu kering. Sedih juga sebab selalu bila Ayue pakai lipstick matte, mesti bibir Ayue akan kering-sekeringnya. Kalau tak kering, ia akan jadi cakey. Berpecah-pecah. Bila nak re-apply pun jadi tak cantik dah, kena lap dulu, kemudian baru apply lipstick. Kesian kan? Ayue cuba dah apply dulu lipbalm semua tu, tapi masih juga kering lepas beberapa jam. Siapa ada masalah macam Ayue ni? Tau tak yang sekarang Mary Kay dah keluarkan gel semi-matte lipstick khas untuk anda yang mengalami masalah bibir kering  macam Ayue. Ayue sangat-sangat impress dengan kesan dan ketahanan  Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick  ni. Warna lipstick ni masih elok kekal dibibir selepas berjam-jam...