Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Jom belajar berenang!

3 Dosa Besar Yang Dilakukan Dalam Mencuci Muka

CC Cream calit-calit dah cantik

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami masalah kek

Perangai Hodoh Orang Kita Di Kolam Renang

“Ayah, bilas dan keringkan sikit dulu baju tu” tegur seorang anak kepada ayahnya. Lalu si ayah pun membuka baju lalu mencelupkannya ke dalam kolam mandi, membilasnya dan memerah airnya kembali ke dalam kolam. Diulang-ulang perbuatan tadi beberapa kali dan memakai kembali baju tersebut dan terus beredar meninggalkan kolam renang dengan selambanya. Tuala yang telah digunakan pula dibiarkan berselerakan di atas kerusi begitu sahaja. Aduh, orang macam ni pun masih wujud kah? Kenapalah dibilas dan diperah pakaian mandi awak tadi di kolam renang? Itu bukan kolah bilik air di rumah awak. Itu juga bukan besen untuk mencuci pakaian. Itu adalah kolam renang yang mana ketika itu ramai orang sedang mandi manda bersama keluarga. Salahkah atau berat sangatkah tuala yang telah digunakan tadi untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan? Waktu ambil tadi pandai pula ambil ditempat yang disediakan. Lepas tu tak reti nak pulangkan. Mentang-mentang awak bayar RM250

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Ada seorang wanita yang bertanya saya ... “Saya sekarang hamil 6 minggu. Saya sangat suka berenang tapi saya bimbang air klorin akan memudaratkan janin. Adakah ini benar?" Secara am, berenang adalah senaman yang sangat bagus untuk semua orang  terutamanya buat wanita yang sedang mengandung . Walaupun ramai wanita berharap dapat melakukan senaman sepanjang kehamilan mereka, kadang kala senaman tidak dapat dilakukan akibat berat dan perut yang bertambah besar. Tapi apabila berada di dalam air, semua ini akan berubah! Ibu-ibu mengandung senang terapung dalam air dan pergerakkan ibu itu tidak disekat oleh berat badannya. Berikut antara 5 sebab mengapa anda perlu berenang ketika mengandung: 1 - Ia menguatkan hati Melakukan senaman aerobik seperti berenang semasa mengandung sangat bagus untuk ibu dan janin. Ini kerana berenang semasa mengandung boleh menguatkan hati ibu, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan tahap oksiden dalam darah

[VIDEO] Cara Tepat Penyelamat Bawa Keluar Mangsa Gua Tham Luang

Beberapa hari lepas, 12 orang pasukan bola sepak remaja Thailand termasuk seorang jurulatih telah berjaya dikeluarkan dari gua Tham Luang dengan selamat. Di dalam operasi ini, difahamkan seramai 100 orang terlibat termasuklah penyelam dan pakar gua dari seluruh dunia. Di Facebook, individu ini berkongsi keadaan semasa mangsa dan cara bagaimana anggota penyelam menyelamatkan mereka Suasana semasa operasi dijalankan UPDATE FINALE – Hello geng.. okay ini maybe last update aku share pasal operasi SAR bebudak dgn coach dorang yg terperangkap dalam Gua Luang Thailand almost 2 weeks.. fuhh.. cuti semester 2 weeks pun kita boleh tambah berat badan makan tidur kat rumah atau g travel.. dorang ni hmm.. kesian.. semua makin susut. *So far, ini adalah video yg bagi aku paling ringkas paling pendek..bawah 3 minit.. korang boleh usha ada banyak lagi video2 lain siap full coverage story 30-45 minit video.. tapi aku ni jenis kedekut data hahaa..lg pun aku cuma nak tahu apa yg aku na

Kulit Berminyak, Pakai Produk Murah & Bakteria Bukan Punca Utama Jerawat Banyak

Antara salah satu punca hilang keyakinan diri adalah tumbuhnya jerawat pada bahagian muka. Masalah jerawat ini juga memerlukan produk yang sesuai untuk menghilangkannya. Ada dalam kalangan kita sudah habis beratus ringgit untuk merawat masalah ini tetapi masih tidak berkesan. Sebenarnya, bukan salah pengambilan produk atau masalah kulit berminyak menjadi punca tumbuhnya jerawat. Pengguna Twitter, Shazmie Nadziri kongsi punca sebenar jerawat dalam pengambilan makanan harian kita. Bakteria punca utama Oksidasi sebum Keradangan kronik Apa-apa rawatan tak efektif Punca jerawat secara sains Gula penyebab jerawat? Bakteria jahat Kurangkan gula dalam makanan Sumber:  Shazmie Nadziri *Kerdit  https://ohbulan.com

Bagaimana nak produk kita nampak unik & menarik walaupun produk yang kita jual sama bersepah di pasaran?

Orang berniaga kita nak berniaga.Orang berniaga minyak wangi kita pun nak berniaga minyak wangi.Terlau ramai orang yang berniaga sekarang ini.Kebanyakkannya orang yang berniaga,jual produk yang sama di pasaran, macam minayak wangi,tudung,kuih raya,penapis air,sim kad,telefon pintar dan banyak lagi la.Perkara ini menyebabkan ramai yang "stuck" nak habiskan produk yang ada kemungkinan produk tak laku dan berada di bawah katil saja. Jadi, Bagaimana nak nampak unik & menarik walaupun produk yang sama bersepah di pasaran? 1.Pilih satu sudut (angle) tentang manfaat produk. Jika anda jual produk yang sama dengan pesaing anda,buatlah kajian tentang sudut(angle) manfaat produk anda. Sebagai contoh minyak wangi. Kalau jual minyak wangi sekadar wangi (perfume) memang sangat mencabar.Kebiasaannya orang hanya akan ingat fungsi minyak wangi adalah untuk mewangikan sesuatu benda sahajaJadi itu perkara biasa yang diwawarkan kepada bakal pembeli yang menyebabkan manfaat produk a

Kenali Charisa, Gadis ‘Popular’ Di Instagram Kerana Muka Banyak Jerawat?

Jerawat yang tumbuh di bahagian muka khususnya sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika jerawat yang tumbuh itu dalam kuantiti yang sangat banyak. Namun berbeza buat wanita dari Sabah ini, dia semakin popular dalam kalangan pengguna laman sosial kerana tidak malu untuk memuatnaik foto wajahnya yang ditumbuhi banyak jerawat di Instagram. Sering diejek  Menerusi laporan  mStar , gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu jerawat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di mukanya sejak tahun lalu ketika menduduki SPM. Tambah Charisa, pada mulanya hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada dirinya apabila sering ditegur malahan pernah diejek rakan. Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya. Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ringgit untuk