Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Teknik pantas selamatkan mangsa lemas di air

Kita mungkin rasa kita dah handal benar berenang.Jadi kita rasa tak mungkin kita akan lemas kat dalam air. Tapi kita lupa atau tak tahu yang manusia ada suatu perasaan iaitu perasaan "PANIK"! Sebenarnya perasaan panik itu perkara biasa , jadi sesiapa yang tak ada perasaan macam tu dikira tak normal la tu. Panik boleh jadi lebih dahsyat  lagi bila hanyut di sungai, tasik, lautan malah dibawa arus deras banjir.  Pernah ke korang alami situasi macam tu?  Pernahkah terbaca kisah orang yang pandai berenang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi akhirnya mereka tetap lemas? Sedihkan jika yang lemas tu salah seorang ahli keluarga kita. Berenang dan menyelamat adalah 2 perkara yang berbeza.Berenang kita hanya berenang menggunakan skill kita untuk berenang tanpa memikirkan orang lain tetapi menyelamat mesti ada   pengetahuan khususnya teknik yang tepat untuk menyelamatkan dirinya juga orang lain. Orang lemas ni ada pelbagai faktor. Antaranya, mengalami masalah kek

Perangai Hodoh Orang Kita Di Kolam Renang

“Ayah, bilas dan keringkan sikit dulu baju tu” tegur seorang anak kepada ayahnya. Lalu si ayah pun membuka baju lalu mencelupkannya ke dalam kolam mandi, membilasnya dan memerah airnya kembali ke dalam kolam. Diulang-ulang perbuatan tadi beberapa kali dan memakai kembali baju tersebut dan terus beredar meninggalkan kolam renang dengan selambanya. Tuala yang telah digunakan pula dibiarkan berselerakan di atas kerusi begitu sahaja. Aduh, orang macam ni pun masih wujud kah? Kenapalah dibilas dan diperah pakaian mandi awak tadi di kolam renang? Itu bukan kolah bilik air di rumah awak. Itu juga bukan besen untuk mencuci pakaian. Itu adalah kolam renang yang mana ketika itu ramai orang sedang mandi manda bersama keluarga. Salahkah atau berat sangatkah tuala yang telah digunakan tadi untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan? Waktu ambil tadi pandai pula ambil ditempat yang disediakan. Lepas tu tak reti nak pulangkan. Mentang-mentang awak bayar RM250