Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Ada seorang wanita yang bertanya saya ... “Saya sekarang hamil 6 minggu. Saya sangat suka berenang tapi saya bimbang air klorin akan memudaratkan janin. Adakah ini benar?" Secara am, berenang adalah senaman yang sangat bagus untuk semua orang  terutamanya buat wanita yang sedang mengandung . Walaupun ramai wanita berharap dapat melakukan senaman sepanjang kehamilan mereka, kadang kala senaman tidak dapat dilakukan akibat berat dan perut yang bertambah besar. Tapi apabila berada di dalam air, semua ini akan berubah! Ibu-ibu mengandung senang terapung dalam air dan pergerakkan ibu itu tidak disekat oleh berat badannya. Berikut antara 5 sebab mengapa anda perlu berenang ketika mengandung: 1 - Ia menguatkan hati Melakukan senaman aerobik seperti berenang semasa mengandung sangat bagus untuk ibu dan janin. Ini kerana berenang semasa mengandung boleh menguatkan hati ibu, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan tahap oksiden dalam darah